Ovari sebagai bank telor Haid

Bukti menunjukkan bahawa telor dihasilkan dari sel germ awal kehidupan fetus.Jumlah ini berkurangan kepada anggaran 400,000 hingga 450,000 ova tidak matang pada setiap ovari semasa remaja (puberty). Kitaran haid, sebagai keadaan biologi, pada kebiasaannya membenarkan ovulasi hanya satu telor setiap bulan. Dengan itu sepanjang jangka hayat tempoh pembiakan mereka, wanita akan menghasilkan sekitar 400 hingga 450 telor matang. Kesemua telor ini larut dalam proses yang dikenali sebagai atresia. Disebabkan kesemua bekalan telor wanita terbentuk semasa hayat fetal,[17] untuk dimatangkan (ovulated) berabad kemudian, ia telah dicadangkan bahawa sepanjang jangka hayat yang panjang mungkin mendorong khromatin telor lebih cenderung kepada masaalah pembahagian, pecah, dan mutasi berbanding khromatin sperma, yang dihasilkan secara berterusan sepanjang jangka hayat pembiakan lelaki.